Bilik Gerakan Negeri Tingkat 1, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya
93502 Kuching,
Sarawak, Malaysia   
  


Tel: 082-443991 or 082-447960
Fax: 082-442730 
Email
jpbn@sarawak.gov.my
Others Handy Contact
25 Apr 2018
Version 8.0.2
online visitor Online Visitors 13
total visitor Total Visitors 54,351
 
Banjir di Sarawak: Sebuah sekolah ditutup
Posted on : 12 Jan 2018  Source of News: BH Online
 

KUCHING: Lima sekolah di negeri ini terjejas dengan sebuah ditutup hari ini, berikutan banjir selepas hujan lebat semalam.

Sekolah yang tidak beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit di Miri yang mempunyai 19 murid.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, penutupan sekolah itu terpaksa dilakukan apabila paras air naik sehingga 0.5 meter.

Sekolah yang terjejas tetapi terus beroperasi pula ialah SK Kuala Kenyana di Mukah yang mempunyai 40 murid.

Turut terjejas, SK Kuala Bok (62 murid) dan SK Sungai Bong (121 murid) di Miri dan SK Sungai Anak (90 murid) di Selangau.

Sementara itu, tiga stesen telemetri Jabatan Pengairan Saliran pula mencatat bacaan paras air pada tahap berjaga-jaga.

Stesen telemetri terbabit ialah Rumah Abua di Bintulu yang mencapai paras amaran, Muput di Bintulu pada paras mendatar dan Long Jegan di Miri menunjukkan penurunan.

Katanya, satu pusat pemindahan sementara masih aktif, iaitu di Dewan Serba guna Kampung Lereng Bukit di Miri yang menempatkan 20 penduduk dari enam keluarga.

Penduduk terbabit dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh 7 Januari lalu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/374330/banjir-di-sarawak-sebuah-sekolah-ditutup