Bilik Gerakan Negeri Tingkat 1, Wisma Bapa Malaysia
Petra Jaya
93502 Kuching,
Sarawak, Malaysia   
  


Tel: 082-443991 or 082-447960
Fax: 082-442730 
Email
jpbn@sarawak.gov.my
Others Handy Contact
20 Jul 2018
Version 8.0.2
online visitor Online Visitors 17
total visitor Total Visitors 72,874
 
Sarawak sedia hadapi musim kemarau
Posted on : 03 Apr 2018  Source of News: BH online
 
DATUK Francis Harden Hollis (kiri) menerima geran sumbangan dari Yayasan Sarawak, untuk 23, Sekolah disekitar Kuching selepas menghadiri Mesyuarat Post Mortem JPBN Sarawak di bangunan Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching. - Foto Nadim Bokhari

Sarawak sedia hadapi musim kemarau

PETRA JAYA: Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersedia menghadapi musim kemarau panjang yang diramal bermula bulan ini hingga Ogos depan.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis, berkata JPBN menerusi agensi kerajaan lain akan memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada penduduk terjejas dalam tempoh yang lebih singkat.

Katanya, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), bekalan air bersih perlu dibekalkan dalam tempoh enam jam sebaik laporan diterima.

"Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, kemarau berlaku di Sarawak bermula bulan ini hingga Ogos ini.

"Untuk memastikan masalah kekurangan bekalan air tidak berlaku, JPBN akan memastikan bekalan air disalurkan secepat mungkin kepada penduduk di kawasan terjejas," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pasca Banjir di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN Sarawak.

Francis berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM34.5 juta merangkumi operasi membaik pulih kerosakan dan bantuan kepada penduduk terjejas.

Katanya, antara kawasan terjejas banjir ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Serian, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

"Secara keseluruhan, kerajaan negeri berpuas hati dengan operasi bantuan membabitkan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bermula 16 November hingga 20 Mac lalu.

"Berdasarkan pengalaman, JPBN lebih bersedia menghadapi banjir dan bencana lain kerana SOP yang digunakan sebelum ini berkesan dalam memberikan bantuan kepada mangsa terjejas," katanya.

Sumber ; https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/04/407046/sarawak-sedia-hadapi-musim-kemarau

No news at the moment